Antara lidah, pena dan pedang, mata lebih tajam? Ada pepatah mengatakan pena itu lebih tajam daripada mata pedang dan pernah juga saya dengar, lidah tak bertulang, tiada mata tetapi selalu juga ada hati yang terluka mendengar ungkapan lidah. Pedang? Pastinya ia mampu mencarikkan apa saja yang bersua dengan mata nipisnya yang tajam berkilat apatah lagi sutera lembut mahu pun kulit manusia yang berlapis-lapis sifatnya.
Pokok pangkalnya, luka oleh pedang nampak parut dan lama kelamaan akan hilang kesannya, luka oleh tulisan mata pena pula bagai buih di lautan dan awan di langit, hilang sekejap timbul sekejap tetapi tiada kesan pun manakala luka oleh kata-kata daripada lidah, sampai bila-bila pun akan diingati. Saya tidak pasti anda pernah dilukai oleh objek mana tetapi saya sudah merasai luka oleh lidah tidak bertulang.
Sakitnya seperti luka dicurahkan cuka tetapi tidak nyata pada mata. Kesannya berbekas sangat dalam seperti belati menusuk ulu hati dan apa yang saya boleh buat... saya tahu saya tidak akan menemui ubat luka itu tetapi Allah Maha Kaya dan DIA ada ubatnya...
Hmmm...dua tiga hari ini saya banyak mengalami luka-luka...saya yakin luka itu akan sembuh juga tidak lama lagi...antaranya luka tertusuk sembilu daripada kayu almari di rumah saya ketika berkemas...haha...jadi, anda perlu berhati-hati supaya tidak mengalami luka seperti saya, nanti berbekas parut yang tidak nampak..
No comments:
Post a Comment