don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, January 2, 2008

Catatan pagi Khamis

Hari ini Khamis dan esok Jumaat. Hmm...rasa sedikit selesa hari ini walaupun sejak dua tiga hari kebelakangan saya sedikit walang dan susah hati. Pagi-pagi jejak kaki ke lantai pejabat saya cuba tanam dalam diri bahawa hidup mesti ada cabaran dan saya mesti melaluinya kerana sebagai manusia, saya wajar maju ke hadapan bukannya menoleh ke belakang dan mengambil kira semua cakap-cakap orang yang mungkin betul dan mungkin tidak.
Keduanya saya wajar menanam dalam diri bahawa manusia itu sifatnya rambut sama hitam tetapi hati di dalam tidak sama dengan hati saya.
Ketiganya hari ini saya menerima santapan rohani yang sangat menyenangkan. Ada kenalan yang sentiasa dekat di hati saya bertanya khabar dan menurunkan beberapa ayat yang sangat bermanfaat untuk saya renungi lewat sms pendeknya di skrin hp saya. TQ Dr Kay.
Hari ini juga saya menunggu kedatangan Dr Rose yang akan singgah bertemu saya untuk merasa kek butter dan cookies yang saya buat dua hari lepas. Sesuatu yang menyeronokkan apabila cookies yang saya buat itu (asalnya daripada resipi Dr Rose), diterima baik dan sudah ada empat orang yang memesannya untuk minggu hadapan. Alhamdulillah...
Saya berasa di tepi jalan kehidupan saya sudah ada lantera yang mula menyala dan sebelum ini lantera itu malap sahaja tapi berkat kesabaran dan angin hijrah yang mula berhembus, saya yakin lantera itu akan terus bersinar dan bersinar selagi saya rajin berusaha mendapatkan 'tenaga' untuk menyambung sinar itu...
O ya, semalam, petang Rabu, saya berpapasan dengan satu kemalangan jalan raya. Ngeri melihatnya kerana mangsa, seorang lelaki pertengahan usia terbaring kaku dengan darah mengalir dari kepala dan hidung. Darjah nafasnya adalah nyawa-nyawa ikan dan KA saya yang bergegas mendekati tempat kejadian memberitahu ada seorang pakcik berusaha mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah. Saya tidak pasti apa kesudahannya kerana tidak sanggup melihat kejadian berkenaan, amat ngeri. Nauzubillah...memang kita akan mati tapi saya tidak mahu nafas saya menjauh dengan cara begitu...Wallahhua'lam...

2 comments:

hafizahiszahanid said...

Hi Kak Chik, pagi tadi saya pergi keje pun terserempak dgn kemalangan di jalan bangsar.Org tu meninggal. lebih sedih dia baru dua minggu kahwin. sedihnya.. sian isteri dia..

Shasha said...

yup, ada tengok foto dia dalam sistem...kita tengok pun sedih apatah lagi perempuan yang baru saja dua minggu menjadi isterinya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...