don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, March 8, 2011

Biskut merry...humble & simple

SIAPA kata biskut merry dah ketinggalam zaman? Anda silap..saya mula mengenali biskut merry ketika berusia lima tahun..penuh nostalgia kerana biskut ini adalah biskut paling 'humble' yang pernah saya kenali kerana ia sentiasa ada setiap kali kenduri kematian...sungguh sedih kerana biskut ini mengingatkan saya kepada kematian..tapi tidak mengapalah...kita semua akan mengalaminya..yang penting perbanyakkan ibadat sebagai bekalan dan biskut merry tetap wujud hingga kini.
Apabila saya bertambah usia..biskut merry mula meningkat maruahnya apabila ia diadun menjadi kek yang sangat cantik..kek lapis batik, kek biskut merry dan pelbagai lagi. Saya difahamkan bonda saya, kita akan buat biskut merry setiap kali hari raya tiba kerana kek biskut merry adalah paling simple dan murah...hmm namun sedap dan ada nilai sentimental..
Sehingga kini, saya sudah melalui hidup melepasi 'zuhur' pada perkiraan saya dan bonda saya sudah bersara daripada membuat kek biskut merry. Saya tidak pernah mengetahui sukatan yang betul mengenai bahan-bahannya kerana bonda saya tidak pernah memberitahu saya, kecuali menyuruh saya dan kakak melihat saja apabila beliau menyediakan kek murah ini.
Dah siap, saya hanya mendidihkan sebuku butter, lima sudu susu pekat dan lapan sudu besar serbuk koko van houten serta satu paket biskut MERRY..tawakal sajalah sama ada menjadi atau tidak dan saya seronok menyediakannya apabila mengingatkan wajah 'suka' nini, faezah dan rosmaliana yang membuat pesanan untuk menikmati kek biskut merry ini. Ok you all...order dah siap!!!
Untuk 1 adunan tanpa sukatan yang proper, cukup2 untuk tiga orang dan kandungannya adalah 350 gram..sama rata...so you all jangan nak dengki ek..hihi!

Monday, March 7, 2011

Tazkirah...

Mari kita berfikir sejenak: saya selamanya berasa bertuah dan beruntung menjadi manusia yang sentiasa dalam perhatian Allah, menjadi manusia yang sentiasa ada tempat mengadu hal tanpa mengira waktu walau dalam sesukar mana sekalipun situasi saya...menjadi manusia yang sentiasa boleh bercakap terus denganNYA walau dalam keadaan tenat atau sengsara sekalipun kerana DIA mengetahu segala apa yang terlintas di dalam minda walau lebih kecil dari seekor kuman yang dibelah sejuta!

Dan saya kutip pernyataan ini untuk dikongsi dengan anda yang menjenguk ke sini, daripada FB Ustaz Amiza Khusyri: Selagi mana kita melakukan dosa, dan selagi itu ada balasan dan ujian dari-Nya, maka itu tandanya kita berada dalam kasih sayang-Nya. Selagi mana kita melakukan dosa, selagi itu hidup terasa semakin senang dan lapang, maka berwaspadalah dan timbulkan bimbang dalam hati, kerana barangkali kita sedang berada dalam kehinaan, dan jauh dari kasih sayang-Nya, supaya lekas-lekas kembali menjadi hamba yang mengingati-Nya.

Note: Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri dan anda juga yang sudi merenungnya!

Friday, March 4, 2011

A layer of weekend..

WEEKEND is always good for all of us. For those who hates weekend tu macam weirdlah pulak kan. Sebabnya weekendlah kita nak jadi floor engineer and house keeping di rumah sendiri. Nak basuh baju, nak berkebun malah nak memasak itu dan ini serta nak malas2..
By the way, from my p.o.v, weekend make me happy and sad and i can't avoid it...setiap minggu saya akan melalui hujung minggu dengan dua rasa, sedih dan seronok. Seronok kerana saya boleh menyediakan masakan apa saja yang saya mahu kerana saya tahu rumah saya akan sentiasa menerima tetamu manakala yang menyedihkan saya adalah saya terpaksa mengenepikan diet saya' secara perlahan-lahan sebenarnya...sad! so sad! tapi x boleh buat apa dah, kalau masak memang tempted nak makan..sendiri mau ingat..mesti Marcia, dietician saya mengamuk ni...hihi.

Suka saya menilik paper cup polka dot pink ini..macam sweet and girlish sangat..remind me to my nieces: ida, intan, aishah, najla and ninie includes my friends daughter, edelyn & aishah (their mom is Asilah) and hasya is a little angel to Zarin.

Sebelum masak, masuk Fagor dulu...
Dan sekarang saya addict membakar kek lapis dan kek cawan..macam mana tu..hmm tak mengapalah kerana ia akan menjadi rezeki kepada tetamu saya..untuk dibawa pulang juga...
Lapis lazuli atau pun pancawarna...ah apa-apa sajalah yang saya suka nak letak..rainbow layer pun ok kot..

Wednesday, March 2, 2011

Kak Jun and cup cake friends...

(L-R) Kak Jun, Asilah, Zeti & Zarin, dia orang ni semua tokei kek handal...hihi..
Posing sudah semestinya..

Kek cawan: Berulit dengan krim, tepung cetus rasa positif

MEMBUAT dan menghias kek cawan bagaikan fenomena pada ketika ini. Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak akan teruja apabila melihat kek cawan yang dihiasi dengan ising pelbagai bentuk, corak dan penuh warna-warni. Ada bentuk bunga, buah-buahan, karektor kartun dan macam-macam lagi mengikut cita rasa si pembuatnya. Malah, dek kerana terlalu cantik hiasan pada kek cawan itu, hingga ada ada kalanya sayang untuk dimakan sebaliknya satu atau dua kek itu disimpan saja sebagai koleksi perhiasan.
Yang menariknya, kek cawan itu berupaya membuatkan pencinta kek terutama mereka yang mengadun, menghias dan memasak rasa seronok dan bersemangat apabila melihat hasilnya begitu cantik dan comel. Bagi suri rumah tentunya mempunyai rutin tersendiri mengenai memasak makanan bagi dijadikan hidangan juadah seisi keluarga, tetapi sejauh manakah memasak atau membakar kek seperti kek cawan boleh menimbulkan keriangan kepada anda yang bergelar wanita?
Bagi Zurilawati Ku Zaifah, beliau tidak pernah berasa bosan untuk ‘bertapa’ di dapur sendiri kerana baginya, dapur adalah ruang yang sangat bermakna selain mencetus pelbagai idea yang mendorong beliau menjadi lebih bersemangat.
“Saya tidak pernah terfikir jemu dengan dapur sendiri, bahkan dapur adalah lokasi terbaik untuk saya berborak bersama rakan yang berkunjung atau ketika bersama keluarga di rumah. Kalau mereka tidak berada di dapur, saya leka di dapur kerana menyediakan kek cawan.
“Usai menyediakan kek cawan, hiasan juga menyeronokkan dan inilah cara untuk saya mengelakkan daripada membuang masa. Kepada anda yang berasa buntu menempuh hari, cuba bermain dengan hiasan, tentu hidup menjadi lebih bermakna,” katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Subang Jaya, baru-baru ini. Zurilawati yang juga pemilik blog (sayasukacupcake.blogspot.com) bersama beberapa rakan kerap menyempurnakan masa lapang mereka sama ada hujung minggu atau pada hari bekerja dengan perbincangan mengenai kek, biskut dan pelbagai jenis makanan lain termasuklah bagaimana memperbaiki mutu pembuatan resipi berkenaan.
“Ada antara kami yang bekerja dan suri rumah sepenuh masa. Jadi dalam usaha mencari selingan atau mempelbagaikan rutin kami di dapur, saya mula membakar kek dan menyediakan perhiasan ising yang menarik.
“Diakui tugasan ini membuatkan kami ralit mencuba bakat sebagai penghias kek selain seronok mencuba kreativiti mencantikkan kek cawan yang kecil dan comel. Kalau ikutkan hati memang rumit, tetapi teruja kerana kami boleh saling memberi ilham antara satu sama lain,” katanya sambil disahut setuju dari empat lagi rakannya berkongsi minat sama.
Anita Jamal, Nor Asilah Osman, Zeti Zarina Salehuddin dan Zarina Abdullah bersetuju dengan Zurilawati mengenai perkumpulan kecil mengenai kek cawan dan bertukar serta mencipta resipi membuka minda mereka mengenai pemakanan sihat serta bersih untuk keluarga. Bagi mereka, melalui perbincangan setiap kali pertemuan menemukan mereka dengan pelbagai resolusi mengenai bagaimana menjadikan kek sedap dan enak, kenapa menu yang dimasak tidak cukup naik atau bagaimana menyediakan resipi sihat untuk keluarga, lebih-lebih lagi kesemuanya mempunyai anak yang perlu dijaga akan pengambilan makanan mereka.
“Kami beruntung kenal antara satu sama lain kerana semuanya minat dan menjadikan memasak untuk keluarga sebagai rutin wajib.
“Justeru, selain menyediakan lauk pauk untuk hidangan keluarga, kami menjurus kepada menyediakan kek dan saya pada mulanya teruja dengan Anita yang banyak memuat turun gambar kek serta fondan hasil kerja beliau. Tak sangka saya juga melakukannya kini,” katanya. Bagi Zarina, menjadi suri rumah sepenuh masa adalah saat dan ketika yang menggembirakan kerana beliau berpeluang melihat anak membesar depan mata selain berupaya memenuhi keperluan anak perempuannya yang juga gemar mencuba makanan baru disediakan ibunya. “Saya gemar menyediakan kek lapis dan kek cawan juga adalah satu daripada minat saya. Apabila mengetahui Zurilawati menyediakan kelas untuk menghias kek cawan, saya terpanggil menyertainya kerana gemar membuat dan menghias kek.
“Begitupun, faedah yang saya dapat berganda-ganda. Saya bukan saya berpeluang memenuhi masa lapang, tapi mendapat ilmu membuat kek serta paling utama membina rangkaian dengan rakan yang sama minat,” katanya. Berbeza dengan Zarina, Norasilah yang berkerja di syarikat komunikasi terkemuka memilih memasak untuk membekalkan makanan sihat untuk tiga anaknya selain memasak untuk hidangan mereka sekeluarga.
“Tidak sangka pula dengan memasak, khususnya menyediakan kek cawan ini mendorong kepada pertemuan kami atas dasar melakukan disiplin yang sama iaitu penyediaan kek cawan. “Saya pada mulanya menghadiri kelas belajar membuat hiasan kek cawan dan lama kelamaan mula minat menyediakannya sendiri di rumah. Tambahan pula, dua anak perempuan saya memang gemar membantu di dapur,” katanya.
Bahkan, kerana minat juga, Zeti Zarina yang bertugas di awan biru sentiasa menggunakan masa lapang ketika tidak bertugas dengan menghadiri perjumpaan memasak atau menyertai kelas membuat kek dikendalikan Zurilawati. “Kalau berkesempatan, tidak rugi untuk saya meluangkan masa mempelajari seni membuat kek daripada Zurilawati kerana beliau banyak mengendalikan kelas memasak.
“Bagi saya, perjumpaan begini amat bermanfaat kerana kami dapat bertukar idea untuk mengemaskinikan pengetahuan kami mengenai pembuatan kek dan segala yang berkaitan dengan urusan membakar kek,” katanya.
Anita yang dianggap sifu di kalangan mereka berlima memang handal menyediakan hiasan daripada gula ising dan hasil kerja tangannya disukai ramai kerana indah dan sempurna untuk dijadikan hiasan di meja makan.
Beliau yang membuat bunga ising bertujuan mengisi masa lapang memang menjadi idola kepada penggemar serta peminat kek cawan kerana bunga gula Anita memang cantik dan mengujakan. Justeru, siapa sangka daripada berkumpul mengisi masa, berbincang mengenai bagaimana cara mendapatkan kek yang terbaik, perjumpaan berkenaan akhirnya menjadikan mereka bintang serta tauke di dapur sendiri kerana masing-masing ada menerima tempahan kek daripada rakan dan handai taulan.

Tuesday, March 1, 2011

Resipi sharp and short...hahaha!

My sister's from Brunei...Kak Norzakiyah..

I have to be creative..terpaksa...when the figure turn to 40..semua nak kena alert and concern eventhough i don't hv any cronic simpton..just BP yang often turun naik...tak dapat tidak, kena check every week to make sure it not higher and higher or else ill collapse!
And hv to cut so many things, carbo, fat etc..cuma yg boleh ambil lebih adalah green vege and cereal, protin and the rest tu berpada-pada.
So since 2 yrs back, saya control segala yg dimasak kalau di rumah tapi kalau kat luar..hmm bantai je lah.
Last week, Kak Norzakiyah (guess how old is she? Personally I can't believe that she's just celebrate her 52 befday) came to my house and she's along from Brunei. Saya x pasti nak masak apa sebab she's really concern abt food and so do I. Nak kata saya malas pun ya juga sebab kalau masak saya mesti nak simple and cepat..sentiasa tempted terhadap makanan walaupun cucur bawang oat, saya buat dan saya makan, dan kenyang..itu sudah dikira sedap dan ok pada saya walaupun pada lidah anda ia mungkin tawar atau poyo jer rasanya...
Dalam dok kecoh dengan dapur bocor (saya baru pindah and heavy raining buatkan atap rumah sedikit bocor) i just 'throw away' my idea to prepare a simple meal for my dinner with Kak Nor.
Capsicum sumbat...sepatutnya saya bake until their skin is black and berkedut tapi sebab nak cepat dan saya lebih suka menikmati pedas capsicum dengan rasa mencekik perut, pembakarannya tidak sempurna. While Kak Nor told me im suppose to wrap the capsicum dengan foil supaya hawa panas yang terkumpul akan membakar kulit lada benggala itu..tak sempat dah sebab saya nak cepat makan. Makan lagi! Begitu juga dengan rendang salmon ini..rendang western...haha...saya mencaca marbakan rendang Melayu menjadi lauk cincai. Sekeping salmon dan bumbunya garlic + ginger (chopped), onion, blackpepper sauce, plain yogurt, oyster sauce and a pinch of salt..sikit saja ya..kalau x letak garam pun x apalah. And the last one is chick ball soup or the nick name is sup bodoh sombong!! (One of my fellow panggil ayam goreng kunyit sebagai ayam goreng bodoh sombong, so sebab saya pun masak sup guna chic ball dan sempoi gila, saya nak guna nama sama, sup bebola ayam bodoh sombong sebab bahan2nya sangatlah bodoh sombong...bawang putih and ginger jer serta satu sudu makan olive oil. Bodoh sombong but then its healthy at all. That's it..then sruppp....
Saya ada banyak resipi bodoh sombong yang sihat kerana bahan2nya adalah menyihatkan...kita share ya..later!

Sunday, February 27, 2011

mango/prune layer cake.

THIS is my 1st layer cake for 2010/11...memang dah lama saya retire from baking a cake...last time was 2009 dan masa tu hampir setiap minggu saya buat kek lapis sebab addict. Walaupun tak makan, saya tetap bakar dan bagi hadiah pada jiran yang kebetulan ada tujuh anak yang kecik and comel2 semuanya. Bila saya balik kerja jer, mereka mesti tanya makcik (alahai..makcik dah) pergi mana, pakcik mana...haha walaupun both of us (masa tu ler..) belum ada white hair and now KA dah ada banyak white hair..saya tetap akan bagi jawapan standard..makcik balik kerjalah..hari ni makan apa, mak mana, adik baby mana, kakak mana? Yang best tu hanya sorang jer tukang tanya, and she is Wafa...petahnya mulur dia, memang rajin bercakap manakala kakak dan abangnya hanya diam rapat di pagar pembahagi laman rumah kami.Mangga dan prune...sebetulnya saya dan buat entry ini agak panjang...silap punch...terus hilang...adoi! malas dah nak taip semula..
nampak cam besar, walhal kecil jer sizenya...jangan tertipu dengan ilusi optik anda...
Different angle...

dan lagi...

fondant...expired!

FONDANT! Oh fondant...saya dah lama teringin nak belajar buat fondant..felt heaven when i saw a fondant cake or something fondant! Don't know, adrenaline burst setiap kali nampak fondant..haish! I know that's expensive kalau nak masuk kelas fondant. One day tu, my old colleague @ buddy, Dr Rose brought me to the cake shop somewhere in PJ One...kedai ni is remote a bit..so saya pun apa lagi...tak ingat hari ler membeli bahan membuat fondant konon..tapi semua yg instant. Simpan punya simpan...ada la setahun baru jumpa bahan2nya and that's what i hv now..(err bunga fondant ni dah expired actually..so memang x leh makan dan saya akan recyclenya menjadi 'case' lain...wait and see yaaa)Pewarna untuk fondant and acuan...ada satu lagi mana ntah..mak ampun harganya nak dekat RM90 untuk 1 set acuan (4 sizes of flower).
Hahh...dah jadi pun tapi macam play doh pula rasa masa buat fondant ni..anyway thanks to kak jun and the geng di cupcakekasih...bila tengok mereka berfondant, saya jadi teruja nak buat walaupun dan expired punya bahan fondant..tak pe lah, boleh dimaafkan, daripada membazir baik saya recycle kan? kan? (Hmm my bad habit, kalau rasa nak buat tu..nak juga buat! kena buat! dah buat sekali, bubuy...ntah berapa tahun pulak ler saya akan buat fondant lagi...hihi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...