don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, February 28, 2008

Pay It Forward...

Adakah ini bakal menjadi milik anda...waiting for the surprise from me...hurry to join Pay It Forward!

There is a blogger Pay It Forward going on. The idea is this: As part of the Pay It Forward venture, I will send a handmade gift to the first 3 people who leaves a comment here on my blog requesting to join the Pay It Forward exchange. I am not sure what that gift will be yet, and you will not receive it tomorrow or next week, but you will receive it within 365 days! That is my promise! The only thing you have to do in return is to Pay It Forward by making this same promise on your blog. I really love that this supports the random acts of kindness philosophy, & gives a boost to handmade, all in one. I'm looking forward to see who the first 3 people will be to comment! I will have to be able to contact you to get your gift to you, but we'll deal with that once you comment! So, on your marks, get set, go!
Surprise! Surprise!

Wednesday, February 13, 2008

Handmade Comforter

Comforter ni nampak kecil saja tapi actuall size sama dengan tilam baby...

Im always exciting with all type of handmade craft. Dont mind either its card, beg or else, as long as it is handmade, it will have a special attention from me. Among the blog which I like it much is lincard (see the link...) and dzabeg.
Sebenarnya I use to be a handmade card punya tauke and coins envelope during my study year dulu. Long time ago kiranya, nak cari duit poket and tak mahu menyusahkan parents, saya akan manfaatkan apa saja kertas yang boleh direcycle. Now, my small office kat rumah penuh sesak dengan kertas dan file yang akan di recyclekan later. Tak tahu bila nak buat sebab masa agak terhad dengan kerja, so saya simpan dulu. Furthermore, I have a new supplyer kalau nak beli card...senang citer, order saja dari lin hgc (azlina-lin.blogspot.com).
Kini saya gemar pula dengan kek n cookies. Kalau ada masa, my little sweet neighbours, Affan, Nuha, Afuan, Kauthar, Wafa and their Umi and Abi akan jadi orang paling beruntung kerana saya akan beri mereka cuba masakan dari resipi baru saya. Sekarang pun saya sedang menyiapkan 40 packet of choc chip cookies untuk rakan yang akan mengadakan party pada 25 Feb ini Q Hotel.
Dalam pada sibuk buat cookies as goodies beg, saya sempat menyiapkan baby comforter untuk Hani. Tadaaa...memang jahitan saya tidak kemas tapi bila siap, ia menjadi dan si baby tidur lena...Zzz cutie!

Monday, February 4, 2008

Al-Fatihah untuk Allahyarham Panah Arjuna

AL-FATIHAH untuk sahabat berpangkat adik, Allahyarham Ahmad Zafran, penulis novel yang buku-bukunya banyak diterbitkan oleh PTS. Saya tidak begitu mengenalinya dengan rapat kerana tidak pernah bertemu beliau secara berhadapan tetapi saya akui ada bertukar sms dengan beliau banyak kali juga. Kali pertama saya membuat review bukunya pada 2006, novel remaja berjudul Tegar yang saya beli di Minerva Book Store Jalan TAR. Saya tertarik kepada buku itu kerana kulit luarnya (kalau tidak silap saya) mengabadikan tiga ekor burung ciak rumah berwarna kelabu dan biru muda. Saya suka gabungan warna itu dan kerana tertarik dengan covernya, saya membeli Tegar. Sesudah review Tegar disiarkan di akhbar, saya langsung menerima sms Allahyarham mengucapkan terima kasih dan tidak lama kemudian menyusul pula dua buku beliau yang dikirimkan kepada saya untuk tujuan review.
Tegar disiarkan di halaman Sastera, Berita Harian pada 14 September 2006:

TEGAR karya Ahmad Zafran Abdul Mutalib mengangkat perjalanan hidup remaja, Ahmad Afuan, yang terpaksa melalui pelbagai peristiwa pahit dalam mengejar impian selepas mendapat pangkat dua dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ahmad Afuan yang sejak kecil diberi didikan sempurna oleh ibu bapanya, Ustazah Zawiyah dan Cikgu Talib, diserang penyakit misteri ketika di sekolah rendah, mengakibatkannya tidak dapat menghadiri sekolah selama tiga bulan. Keadaan itu mengakibatkan Ahmad Afuan tidak dapat menulis dengan baik dan pelajarannya banyak ketinggalan sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar tercorot dalam kelasnya tetapi guru sentiasa memberi sokongan kepadanya. Ahmad Afuan yang berjaya melayakkan diri ke politeknik berjaya mengesan minat dan hala tuju hidupnya sehingga sanggup mencari wang saku dengan berniaga makanan ringan serta menjadi pembantu gerai berhampiran kolejnya demi mencapai impian. Kesungguhan dan ketabahan Ahmad Afuan dalam mengharungi pelbagai cabaran dicemburui ketua kolej tempat tinggalnya sehingga akhirnya remaja itu dibuang kolej tetapi diberi kebenaran meneruskan pengajian. Ketika menjalani latihan amali di kilang pembuatan jentera, kecekapan dan kebijaksanaan Ahmad Afuan dalam pendawaian elektrik terserlah meskipun berdepan dengan pelbagai tekanan daripada beberapa rakan setugas. Sikap beberapa rakan setugas yang kerap menganiayainya, mendorong Ahmad Afuan mengatur strategi untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendawaian sehingga akhirnya remaja itu menguasai pelbagai kemahiran. Pertemuan dengan Abu, Mokhtar, Zahari, Jaffry dan beberapa rakan lama memberi kejutan baru kepada Ahmad Afuan sehingga remaja itu akhirnya terdorong untuk membuka perniagaan sendiri. Bagi pembaca yang pernah mengikuti serba sedikit perjalanan hidup pengarang buku ini pasti dapat merasakan sebahagian daripada kisah yang dipaparkan adalah pengalaman hidupnya sebelum memilih menjadi penulis kreatif sepenuh masa. Apakah rancangan Ahmad Afuan untuk membuka perniagaan sendiri akan tercapai dan apakah remaja itu dapat membuktikan beliau mampu berdikari dan terus menjadi mangsa penindasan akan diketahui dengan membaca novel setebal 348 terbitan PTS Fortuna berharga RM22 senaskhah ini.

Dan berterusan lagi, Allahyarham rajin mengirim e-mel kepada saya mempelawa menyertai Friendster dan pelbagai jenis emel lagi tetapi saya tidak memberi maklum balas kerana keadaan di tempat bekerja tidak begitu sesuai untuk saya menerokai friendster serta gajet lain yang ada dalam talian web siber. Malah bukan emel Allahyarham saja yang saya abaikan jika berkaitan internet, e-mel rakan lain pun tidak sempat saya reply kerana pertamanya saya tidak berkesempatan, keduanya saya tidak mempunyai kesabaran menunggu ia didownload dan yang ketiganya saya agak buta IT, sering kalinya saya terkial-kial membaca arahan untuk meneruskan langkah berikutnya jadi supaya tidak terlalu lama di skrin, lebih baik saya tidak membukanya.
Bermula semalam rupa-rupanya dan selepas ini saya tidak akan lagi menerima emel dari Panah Arjuna. Kalau saya tahu dia akan pergi dalam usia yang sangat muda, akan saya simpan e-melnya yang mungkin sudah berjumlah ratusan kepada saya. People always said that the good die young and he's the one who always humble and respect senior, died at the young age...Al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Zafran Abdul Mutalib aka Panah Arjuna. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keredaan Ilahi..Amin!

Wednesday, January 30, 2008

Santau...

Santau...
Saya tidak begitu berpengalaman dengan penyakit jenis ini, setakat mendengar cerita daripada orang yang terkena santau ini adalah. Pada 1993 dulu, ketika saya di IPTA, ada seorang senior yang terkena santau. Pada mulanya dia kerap mengalami demam dan batuk tetapi apabila ke klinik, Dr mengatakan itu adalah simpton biasa. Apabila keadaan itu berterusan dan dia mula notice dengan perubahan yang berlaku pada badannya, dia mengesyaki terkena penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor tetapi mesti bertemu orang yang tahu mengendalikannya.
Setiap kali bulan mengambang penuh (15 hb mengikut kalendar Islam), badannya akan berasa seram sejuk dan tulang selangkanya akan membengkak sehingga nampak nyata. Yang peliknya, tulang selangka itu tidak akan membengkak serentak tetapi bergilir-gilir kiri dan kanan. Keliling matanya juga akan lebam selain bahagian sendi dan pelipatan akan bertukar warna kebiru-biruan.
Pada waktu senja pula dalam dua kali sebulan, dia merasakan pintu biliknya bergegar dan nampak makhluk seakan pocong mundar mandir di dalam bilik tetapi sebab dia dah mengetahui situasi sebenarnya, keadaan itu tidak menakutkannya tetapi saya pula yang gerun apabila berkunjung ke rumahnya.
Lebih kurang dua kali juga saya menemankan dia mendapatkan rawatan di Darusshifa dengan anak buah Ustaz Harun Din. Memang saya melihat sendiri serbuk kaca yang keluar dari badannya dan bahagian dadanya akan kelihatan bintik-bintik merah (darah) yang keluar akibat kaedah rawatan membuang kaca itu.
Saya kehilangan perkataan untuk menggambarkan sengsara yang dia alami. Badan kurus dan muka cengkung tetapi dia kuat semangat untuk berubat dan yakin akan sembuh. Alhamdulillah kini dia bebas sepenuhnya dan sudah berkahwin tetapi anak sulungnya hanya sempat melihat dunia sekejap sahaja kerana dikatakan terkena saki-baki racun santau yang masih ada dalam badannya ketika dia mengandungkan anak itu.
Dan kini sekali lagi saya berhadapan spesies sakit yang sama. Brother in Law (BIL) saya terlantar di rumah saya because of the same simpton and yesterday it was confirm by ustaz from Beranang (which i heard that ustaz tu power dalam bab santau ni). He said, my BIL supposed to saw him lama dulu coz the poison of santau started to spread to all area in his body, cuma belum masuk ke main organ saja. I'm so shock because this coming March ni dia nak engage and we all pun kelam kabut buat preparation for his event and at the same time kena rush juga untuk pulihkan dia.
In this situation, I let his family handle him regarding of medication term while I'll manage to settle his hantaran ...
Terkini, my KA bitau saya petang semalam ada banyak darah keluar dari hidung adik dia...Nauzubillah...

Sunday, January 27, 2008

syukur Alhamdulillah...

Hmm...saya berasa seronok hari ini. Sebabnya ialah...semalam ketika saya sibuk menyepahkan ruang bilik stor di dapur rumah saya, saya terjumpa dengan barang kesayangan iaitu kamera digital yang saya sudah isytiharkan hilang dan bukan rezeki saya sejak sebulan lalu. Ia hilang dari pandangan mata saya dan saya menganggap ia tidak mahu lagi bertuankan saya. Rupa-rupanya tangan saya sendiri yang menyimpannya di dalam almari pakaian (dalam bilik stor) dan saya agak jarang membuka laci itu, jadi saya langsung lupa mengenai barang yang disimpan di situ. Ketika melihat kamera itu, saya berasa melayang-layang kerana terlalu gembira. Bukannya gembira apa, seronok sangat kerana segala foto family saya ketika Aidilfitri yang lalu masih ada di dalam memory card dan belum di download. Jadi nostalgia itu masih ada bersama saya...memang nostalgia.
Kameran digital ini saya beli dengan harga RM1,400 pada 2005, sehari sebelum KA saya menerima ijazah sarjana muda ekonomi di UM. Saya beli dengan tujuan utama mengabadikan hari bersejarah KA dan hanya saya yang ada di situ untuk merakam foto beliau. Selepas itu banyak lagi jasa kamera digital itu kepada kami.
Sebelum ini saya sudah memiliki dua kamera berkuasa tinggi. Model pertama ialah Canon EOS 500 rasanya. Saya sudah lupa kerana kamera ini sudah menjadi 'arwah'...hehe. Ia terjatuh secara tidak sengaja di atas jalan utama dan dilanggar kereta menyebabkan berlaku letupan kecil. Saya kuburkan ia dengan menyimpan di dalam kotak ajaib sebelum dibuang ke dalam tong sampah dan model kedua juga Canon tetapi saya memberinya kepada adik yang sangat berminat dengan kamera itu.
Dan saya kini membawa digital cam sebab ia lebih senang dibawa ke sana ke mari...boleh menyimpan banyak foto di dalamnya dan memang senang! Rasanya saya boleh kembali aktif berblog sebab ada banyak gambar yang saya ingin kongsi dengan anda...nantikan...

Thursday, January 17, 2008

cerita luka...

Antara lidah, pena dan pedang, mata lebih tajam? Ada pepatah mengatakan pena itu lebih tajam daripada mata pedang dan pernah juga saya dengar, lidah tak bertulang, tiada mata tetapi selalu juga ada hati yang terluka mendengar ungkapan lidah. Pedang? Pastinya ia mampu mencarikkan apa saja yang bersua dengan mata nipisnya yang tajam berkilat apatah lagi sutera lembut mahu pun kulit manusia yang berlapis-lapis sifatnya.
Pokok pangkalnya, luka oleh pedang nampak parut dan lama kelamaan akan hilang kesannya, luka oleh tulisan mata pena pula bagai buih di lautan dan awan di langit, hilang sekejap timbul sekejap tetapi tiada kesan pun manakala luka oleh kata-kata daripada lidah, sampai bila-bila pun akan diingati. Saya tidak pasti anda pernah dilukai oleh objek mana tetapi saya sudah merasai luka oleh lidah tidak bertulang.
Sakitnya seperti luka dicurahkan cuka tetapi tidak nyata pada mata. Kesannya berbekas sangat dalam seperti belati menusuk ulu hati dan apa yang saya boleh buat... saya tahu saya tidak akan menemui ubat luka itu tetapi Allah Maha Kaya dan DIA ada ubatnya...
Hmmm...dua tiga hari ini saya banyak mengalami luka-luka...saya yakin luka itu akan sembuh juga tidak lama lagi...antaranya luka tertusuk sembilu daripada kayu almari di rumah saya ketika berkemas...haha...jadi, anda perlu berhati-hati supaya tidak mengalami luka seperti saya, nanti berbekas parut yang tidak nampak..

Anekdot ringkas...

* Apa khabar agaknya mak bonda saya yang semakin uzur di kampung...
* Seronok rasanya bila kekanda saya dapat bertukar ke jabatan yang terletak lebih dekat dengan rumah kami...tahniah KJAZZ!
* Bahagia rasanya bila dapat memegang anak buah saya (Ee) yang datang menjenguk kala tengahari ini, walaupun sekejap saja saya mendukungnya, dia senyum tanpa henti menampakkan empat batang gigi hadapannya yang mula menunjukkan kuasa...hehe...kerjanya menggigit saja.
* Terima kasih kepada penukang blog lama saya (Mandur Balai Bomba...kwang!), sahabat yang sentiasa dalam doa saya supaya beroleh kesejahteraan di samping keluarganya.
* Selamat berangkat kepada sahabat (Cik Leha) merangkap adik kepada saya yang akan menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah pada 21 Jan ini. Saya doakan dia dan kedua ayahnda dan bondanya selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah.
* Saya masih lagi menunggu sementara kesabaran saya masih bersisa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...