don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, April 10, 2011

Wantan

Sambil buat dimsum, saya buat wantan...nak beli kat kedai takut tak halal, senang citer buat senditi, makan sepuas-puasnya.
comel bunjut kecik-kecik macam ni...

kulit wantan, saya beli di cold storage, beginilah rupa bentuk mukabuminya..
enjoy the pic..hihi!

Stock clerance..

Ahad yang lemau..selalunya Ahad saya anggap sebagai hari cek stok atau stock clearance due to refrigerator...mana yg dah lebih dua hari boleh buang, mana yg ok saya buatlah apa2 yg patut...fortunately ada banyak salad yang masih baik kualitinya dalam freezer saya. 1stly, rendam lettuce dalam ais to make sure a texture more crispy, sagat carrot, panaskan air untuk kukus wantan dan potong tomato ceri..kononnya inilah resipi diet saya...dietlah sangat...haha!
Last week saya jumpa Chef Chye dari Armada Hotel, he gaves me a tip about green vege...rendam dalam ais supaya rangup dan sedap dimakan terutama kalau nak buat salad. He's right, memang crispy! TQ Chef!
Wantan yang saya buat sendiri...saya pernah belajar buat wantan dengan chef (sorry nama dah lupa) di Niko Hotel dua tahun lepas...wantan chef tu sedaplah tapi wantan saya ala-ala cukup2 makan..tapi saya makan jugalah, dah penat buat lagipun x baik membazir (abaikan statement menjaga hati ini...saya jaga hati sendiri, x peduli hati anda..maaf)
Oren sungguh kaler karot ini, patutlah lepas makan terus mata saya jadi cerah..mwahahahaha..overrrrr!!!

Saturday, April 9, 2011

N3 pendek...

Telur tiruan
Kecoh pasal telur tiruan...ngerinya saya baca information mengenai telur tiruan ini..minta-minta saya tidak terbeli telur tiruan ini sejak saya berkecimpung dalam arena masak memasak ni..tak sanggup rasanya nak fikir apa natijah kalau saya termakan telur ini apatah lagi nak bagi orang makan telur palsu ini...paling keji pun kalau saya tak dak duit nak beli telur Grade A, saya beli le telur grade C, so saiznya cekenit je la...at least it is a real egg, with a real yolk and albumen...and the most important thing is its not fake! Jangan le lepas ni ada sintetik flour pulak..

Hari Ibu
Last week, while in a cabe, on the way to somewhere, saya dengar radio dalam teksi..Mariah Carey pregnant with twins baby and can't wait to be a mother. Kata DJ radio itu lagi...Mariah wish mother's day is once a week and not once a year..oh Mariah apa sudah jadi??? Kemaruk sungguh dia nak jadi ibu, tapi saya tak salahkan dia..mungkin aura anak kembar di dalam kandungannya memercikkan adrenalin gembira pada dirinya.
Saya kira sesiapa yang sudah bergelar ibu kini is very lucky because eventhough how kiddies is their kids, mereka tahu meraikannya dengan pertolongan teacher kat taska atau kindi, untunglah mak bapak, so wujudlah fenomena kad ucapan hari ibu, lukisan orang lidi atau cakar ayam yang ditempek di tepi pc di opis atau diframekan dan diletak di atas meja di pejabat. Hmm im not a mother yet but im mommie for 3 nephews and 5 nieces...ngee!

Tazkirah sekejap
Sepatutnya saya nak buat n3 ini pada Jumaat tapi tak apalah, dicelah kehidupan yang kontemporari ini kita back to the basic..walau segah mana pun kita..apabila hati sunyi, terperusuk dirusuh pilu dan kerdil diri bernyala-nyala, hanya pada YANG MAHA ESA adalah tempat terbaik untuk kita mengadu. Bercakap terus kepadanya..bercakaplah dalam dialek apa sekalipun, DIA akan faham...saya percaya anda pernah mengalami rasa kerdil, sunyi dalam riuh, sendiri dalam keraian, pilu dan ria dan merusuh diri dalam canda teman...tepuk dada tanya selera...menghitung bintang di langit, hijau rumput di bumi tetap wangi baunya namun sinar bintang juga tetap diperlukan dalam hidup, apatah cerah matahari...

Saturday, April 2, 2011

Haw far flake layer cake


Sila jamu mata anda..cakap banyak tak mau aa...kalau nak, pls let me know..RM70 (1.2 kg)

Lunch pack: tuna tart


Minggu lalu saya bercuti selama tiga hari kerana nak pasang pintu rumah dan tunggu staf TM pasang Unifi di rumah..so sambil menunggu urusan ini selesai saya masak. Tak sangka pula ada order untuk tart tuna saya. They need 20 lunch pack consist of butter cake and 2 tuna tarts...bertungkus lumus saya menyediakan...sebetulnya adinda saya order untuk meeting di sekolahnya. These is the result..RM7 per pack. Boleh kan?

Suka saya tengok pastri berinti ini di dalam cup putih..apatah lagi menyediakannya dalam jumlah yang banyak...rasa macam saya ini tauke pastri pula...haha...berangan lagi..mesti ada orang kata saya suka berangan. Kepada Izzat..jangan marah ya..hidup dalam angan-angan adalah sesuatu yang menyeronokkan...janji saya tak menyusahkan orang..err awak dah ada blender ke nak buat sambal tumis nasi lemak..hahaha..mai balik mesia cepat, akak buat nasi lemak untuk awak...kui!kui!kui!

cup cake pisang


Saya memang suka makan kek pisang. Lagipun kek pisang yang lazim kita beli dalam packaging plastik panjang ini memang banyak dijual di kedai bakeri..merata-rata. Senang pula nak serve kalau ada orang datang dan harganya pun murah...pendek kata kek pisang penyelamat keadaan. Jadi saya pun tak mahu lepas peluang nak try buat kek pisang ini..resipinya saya ambil dari buku masakan kak ita..tauke biskut dari Klang..

Saya bantai je mencuba resipi ini..kalau tak jadi 100% pun, at least..i did try to bake it...lepas ni dah tau lah macam mana rasa buat kek pisang tak jadi..atau jadi..itu no dua..yang penting cuba!

Pastri plastik..

Saya teringin membuat pastri setelah melihatnya di blog kak ida,cuma kak ida menyediakan inti manis dan saya suka pula buat inti base on lauk pauk. Jenuh juga saya mencari pastri segera sehinggalah saya menemuinya di Cold Storage Bangsar..terus saya beli tiga pek...so bila weekend je...masa untuk invention...hehe..taraaaa...

Jangan lupa sapu telur kuning supaya rupanya cantik molek...bagi mekap sketkan so kalau rasa inti tak sedap boleh cover dengan rupa..lagipun saya bukan terer masak, jauh sekali chef..saya cuma lepak di dapur sendiri, try and error..kalau apa yang dimasak menjadi, makan. Kalau tak jadi, buang (bagi ayam makan..huh kena bela ayam la pulak..)hik!

Macam-macam bentuk boleh buat..cuma bulat jer saya tak cuba buat...

Saya suka letak inti banyak...macam tamak la gitu kan...lepas tu mula le pastri tu tembus sana sini...

Inilah pastri segera yang saya beli di Cold Storage. Rasanya boleh tahan, jadilah untuk saya lepas gian makan pastri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...