don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, March 12, 2009

Wedding...

Pelamin merah and putih...simple but nice...
Azura and Azie...Irwan siblings...dulu masa saya jumpa dia orang, Azie just 3yrs old..la ni dah dah jadi anak dara....lahai....cepatnya masa berlalu...

The bride and groom...Lili and Irwan yang diraikan...
Comelnya semua...the middle is Fatin, Azura's daughter...
Last weekend, i went to Port Klang...ada my long time relatives punya wedding...Irwan and Lili..arwah mak Irwan is my cousin...rasa macam back to the root bcoz saya dah lama tak jumpa dia orang. If i not mistaken, last time I met them was about 10 yrs back..masyaAllah...syukur sebab saya masih berpeluang bertemu mata dengan mereka. Kita tidak tahu suratan hidup...Ok then..
Pssttt....saya lupa nak snap pic hidangan...ayam masak merah and rendang daging yang sangat sedap...nasi beriani pun...semua enak...saya kononnya nak minta no telefon katering yang menyediakan hidangan ni....rupa-rupanya ia disediakan oleh penduduk Flat Taman Kem, Port Klang...what a delicoius....muafakat kan...

Genting...

The launched was held in GICC...hmmm next month I'll come again for the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008...:-)
See...everything was pink...very girlish...
Last Tuesday, I went to Genting Highland for the purpose of coveraged of launch new electric product by Haier...quite new in Malaysia but heard that their reputation is not so bad. Coincidentally, im looking for a electric home appliances for my new house...lucky me! Hehe...think that maybe boleh kauitim sama itu Haier Tuan Director...hihi..If I can get 20% discount...that is gud....who knows....kwang!kwang!kwang!


Anyway...the event is just about 1 hrs only but the whole tourage was about from 11 am to 6pm..pheww.....makan angin kat Genting meh....

Sunday, March 8, 2009

Laman...

Lahai kelabunya...
Oops...blur sket...saya tersilap fokus. Baru keluar sulur tunas bunga. Warnyanya putih kehijauan. Asalnya orkid ini milik mother in law saya. Dia tak mahu lagu memilikinya kerana tidak pernah mengeluarkan bunga. Tapi setelah saya ambil alih, orkid ini produce bunga setiap tiga bulan...sukanya saya...sekali kembang, lasting sampai sebulan...huaa...tarus peniaga orkid tak boleh cari makan beb..hihi

Yang gelap tu adalah atap owning saya. Orkid ni menjalar tinggi hingga melepasi atap. Saya tak sempat nak potong dan tanam di dalam pasu lain. Ada tunas bunga tunggu masa nak kembang...tingginya. O ya bunganya berwarna kuning. Its a spider orchid...kuning bintik choklat..
Baru nak kembang...kadang-kadang keluar warna oren, kadang-kadang ada warna pink...ada juga merah muda...saya tak ingat adakah saya mengkacuk rose ini atau ada serangga yang membawa benih lain ke pokok saya....

Sorry, saya tak ingat nama saintifik spesies orkid yang ini..kombinasi warnanya harmoni...
Melur/jasmin ni daunnya tak banyak tetapi saya kagum sebab ia rajin berbunga...setiap minggu bunganya tak putus...kalau lepas hujan..baunya meruap dan KA saya pun cepat-cepat mengaku bungan melur ni rajin berbunga sebab dia yang rajin bubuh baja...plastik!

Hihi..ini pokok pandan yang saya tanam...macam hidup segan mati tak mahu..tapi hidup juga. Kalau nak buat sirap wangi, sekurang-kurangnya saya x perlu beli daun pandan kat kedai.

Pokok labu ini bukan saya yang tanam. KA saya buang biji labu dalam pasu yang dulunya dipenuhi pegaga. Tetiba tumbuh menjalar pokok ni. Selalu juga saya usik dia KA and the beanstalk walaupun yang tumbuh ini bukan pokok kacang...dia senyum..konon bangga pokok labu hidup subur dan tangan dia sejuk walhal saya rasa semua orang boleh tanak pokok labul campak jer ke tanah..cukup air, cukup cahaya...hiduplah pokok tu..

Ini pokok paku pakis yang saya tanam masa ada tiga helai daun jer..dan kini menjadi besar bagak. Kata orang kalau tanam pokok ni di rumah, ia bertindak macam air ventilation, menyejukkan laman..ntah mana releatenya saya tak tahu. Apa pun, saya suka pokok ni sebab ia hijau dan menghampar...KA saya selalu kata malam-malam ada hantu langsuir bersila di tengah kembang pokok ni...ya ke? Hihi..

SAYA teringat kepada bunga rampai yang sering digunakan dalam majlis tertentu. Kalau kat rumah bonda saya di kampung, bunga rampai sentiasa ada. Beliau rajin membuatnya sebab kata nya bunga rampai bau wangi semerbak, satu rumah boleh jadi harum kalau ada bunga rampai. Bagaimanapun, saya melihatnya sebagai satu ritual pemulihan semangat atau jiwa yang tidak menyalahi sebarang hukum sebenarnya dengan adanya bunga rampai di rumah. Barang baik, wangi pulak tu, mesti kita suka kan.
Jadi, mengimbas kenangan bonda saya, beliau gemar mencampurkan kelopak mawar, orkid, cempaka keling, kenanga, melur, bouganvilla dan cempaka putih dalam ramuan bunga rampainya itu selain pandan menjadi ramuan utama. Selalunya kalau saya ada, saya akan ambil sebunjut untuk diletakkan di dalam kereta atau di bilik tidur. Harumnya berpanjangan sehingga dua minggu dan bila kering pun masih disimpan kerana kombinasi warna hijau serta bunga kering sangat cantik pada pandangan saya.
Apa yang mengkagumkan saya ialah penat lelah bonda saya berbudi kepada tanah (beliau tidak saja menanam pokok bunga, pokok buahan dan herba juga jadi pilihan) sentiasa berbaloi kerana bunga itu tidak saja berbakti kepada kami, tapi kalau ada orang cari bunga untuk berubat, bunga di laman rumah bonda saya sentiasa ada berbunga...kebetulan agaknya.
Dan saya pun kononnya nak menjadikan halaman rumah saya di Sri Gombak seperti halaman rumah di kampung walaupun tak ada tanah. Dalam pasu pun jadilah...tetapi tak sangka pulak orkid yang saya campak-campak saja dalam pasu dan dikemaskan dengan arang dan kayu buruk jadi begitu subur dan rajin berbunga...mungkin juga sebab saya kerap bercakap dengan orkid ni. Sebelum pergi kerja, pesan supaya 'mereka' baik-baik saja jaga rumah saya dan bila balik kerja, tanya apa 'mereka' lalui sepanjang hari. Selang dua tiga minggu, keluarlah tunas bunga..gembiranya saya kerana nampaknya ia menghargai suara saya berbahasa dengan mereka.
Walaupun KA saya selalu tanya...
"..U cakap dengan siapa tu...?"
"Cakap sensorang..."
"Cakap dalam tpon ke?"
"X...cakap sorang..."
"Apsal ni, pressure kerja ke?"
"Tak, boy friend I ada kat luar.."
"Boy friend? Huh..."
Dia mencebik dan saya hahaha....apa-apa pun, saya puas hati...cakap dengan pokok, ada hasil..cakap dengan dia...lagi ada hasil....kwang! kwang! kwang!

Sunday, February 15, 2009

Comelnya...


Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya mengadakan majlis pertunangan adik bongsu saya, Ismail, di Kuantan. Jadi, kami satu rombongan beramai-ramai pergi meminang si gadis yang juga orang Kuantan. Kami bawa lima dulang dan dibalas tujuh. Saya cadangkan pada adik saya untuk tambah bilangan hantaran tapi katanya tak perlu kerana pihak perempuan pun tak kisah berapa kami nak bawa. Jadi saya pun bawa lima sajalah. Semua ringkas saja, kira sharp and short tapi meriah sebab masing-masing mahu cepat. Ada nasi dagang, mihun, kuih muih dan macam-macam lagi. Saya pun apa lagi, kita excited habis sebab semua kuih yang dihidangkan itu adalah kuih kegemaran saya. Dan paling membuatkan saya gembira, majlis selesai dengan sempurna. Pic cup cake yang saya paste ini adalah pemberian pihak perempuan kepada kami. Cantik! Kerana cantik jugalah tak ada siapa nak usik kek comel ni.

Kiddies...

Colourfull..betul-betul macam play land...
I met these little girl kat BSC Play Room. Ada orang dok cat muka dia...comelkan...

Kalau jumpa tepi jalan macam ni, saya bawa balik rumah..haha
Ding Dong! Bangsar Shopping Complex ada play room for kids. I went there during the launch in the middle of November last year. Baru la ni sempat nak download pic. Saja paste sini...so kalau nak p shopping sana and nak cepat, x mau sibuk dengan anak.. boleh tinggal kat BSC play room but on your own risk walaupun ada cctv anda penjaga khas....

Thursday, February 12, 2009

Anekdot...

Happy Birthday to all of u....

Notes that
make a symphony.
Pastels that
paint as masterpice.
Words that
string a sonnet.
Colors that
reflect you
and here is
my little remembrance for u...

To: KA (28 feb)
Intan Khadijah (7 feb)
Hana (8 feb)
Jentayu (18 feb)
Kak Jam, fairuz, Eliana and Mawar (27 feb)

HAPPY BIRHTDAY TO U ALL........

Friday, December 19, 2008

Very beauty...

As usual, saya memang selamanya tertarik kepada apa saja spesies bunga sama ada spesies tanah tinggi atau pun tanah rendah. Bulan lepas saya p naik bukit and nampak beberapa bunga so sempat gaklah snap walaupun hujan lebat...sorry x sempatlah pulak nak catat apa nama spesies..
Kalau saya tak silap..ini adalah daripada spesies pokok pisang hutan..yang warna merah tu buah pisang. Boleh dimakan tapi rasanya hampas jer..

Bunga ni cantikkan...unik!


Purplenya...

Macam loceng jer...
Saya suka this kind of flower.. light purple...sweet..

Minta maaf, saya x tau apa spesies plak ni...

Cantik juga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...