Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya mengadakan majlis pertunangan adik bongsu saya, Ismail, di Kuantan. Jadi, kami satu rombongan beramai-ramai pergi meminang si gadis yang juga orang Kuantan. Kami bawa lima dulang dan dibalas tujuh. Saya cadangkan pada adik saya untuk tambah bilangan hantaran tapi katanya tak perlu kerana pihak perempuan pun tak kisah berapa kami nak bawa. Jadi saya pun bawa lima sajalah. Semua ringkas saja, kira sharp and short tapi meriah sebab masing-masing mahu cepat. Ada nasi dagang, mihun, kuih muih dan macam-macam lagi. Saya pun apa lagi, kita excited habis sebab semua kuih yang dihidangkan itu adalah kuih kegemaran saya. Dan paling membuatkan saya gembira, majlis selesai dengan sempurna. Pic cup cake yang saya paste ini adalah pemberian pihak perempuan kepada kami. Cantik! Kerana cantik jugalah tak ada siapa nak usik kek comel ni.
No comments:
Post a Comment