don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Monday, November 23, 2009

Food at Temple Restaurant...

Cuba teka apakah bendanya di dalam mangkuk kayu ini? Firstly saya pun tertanya-tanya apakah bendanya yang sekeping dan nampak pelik ini. Yang saya pasti ia adalah makanan yang halal, cuma saya tidak tahu apakah ia? Pada pandangan saya, ia sangat cantik dengan paten yang mengingatkan saya kepada bentuk sesuatu...kalau nak tahu benda ini ialah kimchi bawang putih (jeruk bawang putih) yang rasanya tidak seperti bawang putih. Betullah kata orang, jauh berjalan luas pengetahuan. Kali pertama saya melihat bawang putih diberi nilai tambah, diangkat martabatnya dengan begitu istimewa dan diberi tatarias lain daripada kebiasaan. Ia adalah selabu bawang putih yang dipotong melintan (tengah) secara berkeping, kemudian dijeruk. Shapenya seperti ameoba kalau kita belajar kat lab kan...saya menikmati sajian unik di sebuah temple di tengah-tengah kota Seoul yang begitu dingin ketika itu. Akibat enak merasai makanan unik, tidak terasa angin musim dingin di kota Seoul yang semakin sejuk di luar temple...kebetulannya di bawah tempat duduk saya ada dipasang unggun api menyebabkan hangat yang selesa...justeru saya tidak memikirkan suhu yang semakin membeku...hmm...cantik pulak bawang putih ini..one day nanti saya nak buat halwa bawang putih....
Dan bawang putih itu tidak keseorangan kerana ia diiringi bermangkuk-mangkuk lauk lain yang semuanya bersaiz kenit. Temple Restaurant is among the famous ‘food court’ in Seoul but its more to remote food court..lokasinya ala-ala remote area...it was manage by an old monk yang dah retire..mengikut cerita, sami ini bersara daripada tugas sami dan mengamalkan makan vege...lama kelamaan makanan berkenaan menjadi kegemaran ramai kerana ia dikatakan menyihatkan badan. Saya tak tau sejauh mana keberkesanannya sebab saya hanya makan sekali saja kat restoran temple tu..huhu...mak rasa tawar je nyah..tapi sebab lapar dan halal...semuanya menjadi sedap dan menyelerakan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...