Ikut rasa binasa, ikut hati mati...semalam dia tidak sempat merenung puas-puas wajah mongel bertahi lalat sebiji itu. Mencuka sungguh wajah kepada tuan empunya diri. Sudahlah beberapa hari dia terpaksa meninggalkan pekan Kuah untuk ke tanah besar, ingatkan dapatlah merakam minda dengan senyum itu..senyum yang mahal sungguh untuk dipinta..tapi semuanya hampas...nasib baik kopi yang diteguk jejak ke dalam, kalau tersembur keluar kerana terlalu manis seperti hari itu..tentu akan berlaku perang besar. Mungkin dia sudah tidak berpeluang melihat belakangnya pun.
Meskipun pungguk sudah lama merajuk lantaran bulan tidak muncul, dia tetap tidak boleh melelapkan mata. Kerjanya sentiasa tidak habis. Sentiasa dalam uniform. Dengan topi putih tinggi dan baju seakan kapten berbutang hitam dan apron yang sentiasa perlu dipakai, mampukah dia mencuit hati yang sudah lama mengocak kedamaian perasaannya.
Dengan rutin yang selamanya di dapur, dia tidak tahu masa depan yang akan di hadapinya. Hujung minggu ini dia akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu Mustakim, berbincang mengenai 'kuliah' yang bakal dia kendalikan.
"Zain, kau datang sini, kita bincang. Ada banyak perkara yang aku nak minta tolong kau buat. Kau mesti boleh buatnya," Mustakim senyum nipis.
"Susah nak dapat cutilah Mus. Kau tahulah, dapur aku tak jalan kalau aku tak ada.."
"Alahai, ramai lagi tukang masak boleh buat ais krim dengan toping blueberry tabur coklat rice tu...ke ada orang yang nak makan hasil tangan kau saja?"
"Eh tak la..tapi bos aku susah nak lepaskan aku...katanya air tangan aku dan orang lain x sama. Kalau nak masuk meeting pun satu hal, dia tau aku jenis yang prepare...laju je dia tolak aku masuk bilik meeting. Kalau aku tak de, dia yang tenat..."
"Oklah kalau gitu, kau cari masa sesuai..turun KL. Aku tunggu je. Ok Zain.." Klik!
Perbualannya dengan Mustakim terhenti di situ. Mustakim sudah banyak kali mengajak dia turun ke Kuala Lumpur. Ada projek besar katanya..tapi dia begitu sayang untuk meninggalkan pulau bersejarah ini. Pulau yang menyimpan seribu rahsia dan mencetus seribu kedamaiannya.
Paling mengujakan apabila melihat bouganvilla mula berbunga lebat mewarna hari. Ada putih, merah dan pelbagai. Walaupun sekadar bunga kertas, ada rasa tenang merenung warna alam itu.
Hati, tidak bolehkah kau melupakan dia walau sedetik...
Keputusan perlu diambil...dia tak boleh lagi buang masa. Minggu depan kena lapor diri...sama ada mak bagi atau tidak...dia kena bertegas.
"Abang, Yaya nak sambung belajar..."
"Eh baguslah..abang suka kalau Yaya belajar tinggi-tinggi..sampai ke awan biru.." kata abangnya yang leka memerhati buku seni.
"Abang, Yaya serius ni..."
"Abang pun..."
"Abanggg!!!"
"Yaaa...Yaya, kenapa ni? Nak cakap apa?"
"Abang jaga kedai. Tolong mak, Yaya belajar tak lama, kursus jangka pendek je. Lepas tu kalau abang nak jadi Fawaz Badak ke, Fawaz Kucing ke , jadilah..Yaya dah tak kacau abang lagi..hehe?"
"Eleh....sungguh ke ni?"
"Sungguhlah.. Yaya tau Pakcik Usop Gajah mesti suka kalau abang jadi pelukis kan..."
"Ek..?"
"Yup.."
"Deal..."
Ding dong...! Hati lapang bagai kupu-kupu comel menghisap madu...eh betulkan Fawaz tiba-tiba jadi setuju dengan permintaannya...musykil neh...
2 comments:
salam.
cepatlah abihkan ..tergantung lak..
ona, memang akan tergantung sampai berpanjangan sebab sengketa depa ni makan bulan...maybe makan tahun..
Post a Comment