don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Saturday, November 29, 2008

...

saya masih buntu untuk mengemaskini 'rumah' yang semakin bersawang. ada sesiapa boleh beritahu saya di mana saya boleh cari 'tukang cuci rumah'...buzz me kalau ada...

Saturday, August 16, 2008

Ralatnya saya...

Ralatnya saya, hari pertama bawa kereta parking di office, saya terpaksa naik ke level 17. Maka dengan amannya saya turun dari kereta dan masuk ke dalam office. Masa balik, saya berasa gembira kerana dah tamat tempoh kerja, masa untuk rehatlah konon. Saya bergandingan bersama Umi Nadirah dan Shima menuju ke parking. Saya turun dengan smooth dari level 17 dan sampai saja ke level 1, x tahu di mana silap, saya sudah menyagat bahagian dinding simen di kawasan parking...Arghhhh....ralatnya...turun dengan bergaya dan hanya satu level saja lagi, saya fail. Sepanjang malam saya tidak boleh tidur...salah saya sendiri! Pintu bahagian penumpang sebelah kanan menampakkan besi berwarna kelabu bergaris panjang. Cat asalnya menggelupas dicium dinding simen..sungguh saya ralat.

Sunday, July 27, 2008

chocho and chocho...

Moist Choc Cake yang saya kukus selama 3 hrs bersedia untuk diagihkan kepada sesiapa yang bertuah..
Each choc is RM3.90...kecik jer...tak sampai 3 kali kunyah dah melt..huhu..

Perhatikan sifat menggoda yang ada pada choc ini. Saya blur sebab tatau nak makan yang mana satu so the effect was blur too...forgive me..

Dalam cute goodies ni ada choc chip cookies. Saya buat untuk Kak Su dan Kak Yah masa event Jemari Seni di A&W Taman Jaya...

Ok, Im most of the time chocholate lover...never go out without choc in my handbag...walau kecil, hanya sekeping cadburry purple, ia akan sentiasa bersama saya. I actually..don't have a specific reason why I really love chocholate.
Maybe because of their content which is make me happy and energetic after ate some choc. Maybe because of their myth that choc can make us more sensual or else, I don't care and I don't want to know.
All im concern is chocholate sangat sedap!! More bitter is more better...Last month, I talked to choc experties from Aussie and got a few tips from him...one of the tips is if u crack the choc and it's just only a bit cracker in your hand, that was a very good Q choc..well, he's right because once I have a Theobrama in my mouth, I may say bubuy to others...hehe..mana boleh beb! Semua coklat yang halal saya terima..lagi pun, have to think twice if I wanna buy Theobrama bcoz its so expensive compared to other brands...

Wednesday, July 2, 2008

Sweet....

I just wanna taste only a sweet things in my life...not a bitter neither a sour...can I?

Tuesday, July 1, 2008

Anekdot...

Hmm...freezer magnet yang di sebelah kanan itu dibuat dalam bentuk 3d, nampak seakan real...
Apa yang ada dalam minda saya mengenai bangunan di Deutch...
Saya mungkin bukan seorang pendokumentasi yang baik. Kalau melihat sesuatu, ia hanya akan bertahan beberapa minggu sahaja dalam ingatan dan kemudian akan hilang sedikit demi sedikit dari minda.
Seingat saya, Allahyarham A Halim Nasir adalah pendokumentasi, budayawan dan sejarahwan yang sangat cemerlang atas usahanya mengumpul dan menyelidik mengenai seni bina Melayu. Saya tidak berkesempatan membeli naskhah coffee table karya beliau mengenai rumah Melayu.
Dan Sdr Zamri Mohamad (maaf saya lupa binnya...harap Mohamad itu betul), juga adalah pendokumentasi yang patut diberi pujian kerana kesungguhan beliau membuat penyelidikan mengenai masjid Melayu dan Islam sehingga ke Pattani. Saya pernah berbual dengan beliau kira-kira tiga tahun lalu dan beliau sangat bersemangat menceritakan mengenai penemuannya dalam bidang berkenaan.
Ada seorang lagi pelukis tanah air yang cukup saya gemari karyanya kerana beliau mengabadikan elemen rumah/kediaman Melayu dalam kebanyakan karyanya. Pelukis yang dimaksudkan ialah Sdr Anwar Dan. Meskipun tidak mampu membeli karya Anwar Dan, saya ada menyimpan karyanya yang sudah siap diframekan atas ihsan beliau yang menghadiahkannya pada saya tidak lama dulu. Terima kasih Sdr Anwar.
Saya sebenarnya berasa teruja dengan seni bina Melayu. Setiap lengkok, lekuk dan bucu dalam seni bina Melayu ada maksud yang tersendiri. Arwah bapa saya walaupun bukan seorang tukang rumah, banyak mengetahui mengenai rahsia kediaman dan rumah Melayu tetapi beliau sedikit lokek menumpahkan ilmunya mengenai kediaman dan rumah kepada saya kerana mungkin memikirkan saya ini perempuan dan tidak akan ke mana ilmu itu.
Setiap kali berpergian, perkara utama yang ada dalam minda saya ialah seni bina. Walaupun saya bukan lulusan seni bina tetapi perkara itulah yang sentiasa melekat di minda saya. Bangunan Sultan Abdul Samad antara yang saya idamkan...haha. Dan kota usang dan historical di Luxemburg juga sangat ingin saya saksikan dari dekat.
Kesempatan melihat bangunan di negara Eropah adalah peluang yang saya nantikan. Kalau duit saya seperti daun yan gugur dari pokok, pasti setiap tahun saya akan mengunjungi kota usang untuk meninjau bangunan.
Dan sekali lagi, saya bukan pendokumentasi yang baik... tetapi sekurang-kurang saya ada cara mengekalkannya dalam peta kehidupan...

Tuesday, June 24, 2008

Book Review: Menanti Kasih

Pengarang: Norzailina Nordin dan novel Menanti Kasih

Salam, saya baru saja usai membawa novel Menanti Kasih (MK) karya Norzailina Nordin. My instant opinion about MK is, u should read it..very romantic and really make our life beautifull, specially to those who like romance fiction. But...in the other hands...there's my sincere thought about MK..
So many coincidently in MK...saya bukanlah pakar dalam mengkritik novel tetapi terasa hendak juga menyuarakan pandangan saya yang boleh saja dianggap dangkal atau bernas oleh sesiapa yang menjenguk ke sini.
MK sebuah karya popular yang menarik perhatian sebenarnya tetapi saya mengatakan terlalu banyak coincidently kerana ada unsur 'deus ex machina' di dalamnya. Deus ex machina membawa pengertian kebetulan yang sangat kebetulan dan diluar jangkaan. Maaf kalau saya tersilap. Pengkaji sastera pasti tahu apa yang saya maksudkan.
Farhana bersahabat baik dengan Kamel tetapi perhubungan mereka tiada berkesudahan kerana masing-masing tidak pernah menyuarakan rasa hati dengan tepat dan jitu. Saya melihat pengarang berjaya meleretkan cerita tetapi pada masa sama mampu menarik khalayak supaya lebih memberi daya tumpu terhadap kisah cinta muda mudi yang tidak mustahil berlaku dalam dunia moden hari ini. Pastinya seimbas lalu khalayak akan membuat tanggapan Farhana akan bersatu dengan Kamel tetapi sebaliknya.
Saya tidak menolak wujud jalan cerita seperti yang dialami Farhana dan Signor Gio. Bercakap mengenai Gio, saya membayangkan lelaki Itali ini seperti Edward Norton/Andy Garcia/David Copperfield (waa banyaknya pilihan..haha) yang berambut hitam dan berhidung mancung w/pun pengarang tidak memperincikan wajah Gio dengan terperinci manakala Farhana pula saya berikan kepada Rita Rudaini. Wanita timur dan lelaki Eropah...hmm...amat menyeronokkan.
Kebetulan yang saya maksudkan itu ialah pertemuan Farhana dengan Gio/ Gio yang mencari cinta/ Gio yang kebetulan sentiasa be there kepada Farhana dan Gio yang sanggup berbuat apa saja untuk Farhana. Sekali fikir memang illogical tetapi seperti yang saya katakan terdahulu, deus ex machina menjadikan sesuatu itu logik dan it can happen in every where and every circumstances. So, sebagai khalayak, saya menerima situasi itu walaupun kadangkala deus ex machina boleh menjejaskan jalan cerita.
Dari segi latar, saya yakin pengarang mengetahui banyak mengenai Itali. Sama ada pengarang pernah menjejakkan kaki ke kota cinta penuh romantis itu atau mendapat maklumat melalui gerbang internet, ia bukan persoalan kerana semuanya yang dinyatakan itu adalah wujud.
Kalau pengarang mendapat info melalui internet, saya salute usaha beliau!
Dan apa yang paling mengagumkan saya ialah idea pengarang mengadun cinta dan elemen mafia dalam satu kisah romantis. Membaca MK membuatkan saya terfikir adakah penamatnya di luar dugaan atau sebalik tetapi saya yakin pengarang pasti menggunakan happy ending...
Selebihnya ada banyak elemen menggetarkan dalam MK dan saya cadangkan anda membacanya sendiri....

Wednesday, June 18, 2008

one for u and one for me...

Hmmm...sehari suntuk saya menyiapkan 100 biji kek cawan untuk birthday Adam Irfan Harraz pada Sabtu minggu lepas. Rasa kering idea saya bagaimana nak buat decoration atas kek kecil tu..birthday boy memang x kisah apa yang saya letak sama ada ultraman ke, batman ke atau hello kitty sekalipun...dan nasib baiknya mummy kepada birthday boy suka dengan hiasan yang saya letak pada kek ini...
Hijau, pink, biru and kuning...next nanti saya nak try purple and chocholate plak...nampak tak ejaan NIZAR tu. Itu untuk member yang x percaya saya boleh buat kek ini...hehe
Ada lagi ni...hiasan apa yang anda nak...
Pilih saja...
Saya pilih yang ada blue daisie tu...
Ok..minggu ini saya perlu menyiapkan sebanyak 100 kek lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...